Saturday, April 21, 2012

Kejadian rumah terbakar.

Pada suatu hari, saya menonton televisyen. Tiba-tiba saya terdengar letupan yang sangat kuat. Saya rasa takut dan saya terdengar emak saya menjerit. Dalam masa itu jugalah saya melihat apa yang terjadi.

Saya telah melihat emak saya dikepung dengan api. Saya mengambil sebaldi air dan menyiram air itu kepada api.

Emak saya mengajak saya keluar dari rumah itu. Bahagian gas itu meletup dan membakar rumah saya dengan api yang marak.

Emak saya menelefon bomba. Setelah api itu terpadam, emak saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak bomba.


p/s - Sila komen karangan saya ~Syahir Hannan

Perasmian.

Blog ini telah di rasmikan oleh mommy ica kuchina@akusucikaukeji. Blog ini di tulis 100% oleh Syahir Hannan. Selamat membaca!!!

FYI, Hannan baru darjah 3, umur 9 tahun. Selamat menjadi blogger yang masyhur!!